Saturday, 3 September 2011

Malaysia Day 16 September


Selepas menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 pada 31 Ogos lepas, tidak lama lagi kita akan menyambut satu lagi sambutan iaitu Hari Malaysia pada 16 September.

Tarikh kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957 manakala tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963.

Pada 16 September 1963 terbentuknya Malaysia hasil gabungan Sabah, Sarawak, Semenanjung dan Singapura. Semasa gabungan ini, pembentukan Malaysia mendapat tentangan dari Pilipina dan Indonesia.

Namun selepas beberapa tahun, Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar dari pembentukan Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965. Singapura menjadi sebuah negara yang sangat maju selepas membentuk republik sendiri.

Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 48.

No comments:

Penaja Blog