1 paket Mee Kuning
Lobak Merah Diparut @ Dihiris Halus
Taugeh, secukupnya
Sayur, Dihiris
Sotong, dibersih dan dipotong
1 biji bawang merah, dihiris
2 biji bawang putih, dihiris
1cm halia, dihiris halus
2 batang cendawan hitam, direndam dan dihiris
2 biji telur ayam
1 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
Minyak secukupnya untuk mengoreng
Bahan perasa- garam, ajinamoto, serbuk lada
Daun sup, dihiris halus
Cara penyediaan :
1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak secukupnya. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia apabila minyak sudah panas dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan kacau. Kemudian pecahkan telur dan gaulkan. Goreng telur hingga warna jingga. Masukkan lobak merak dan cendawan. Gaul seketika, kemudian diikuti sayur.
3. Perasakan masakan dengan garam, ajinamoto dan serbuk lada serta sos tiram. Kemudian masukkan mee dan gaul sebati bersama bahan campuran tadi. Kacau mee selama 10 minit - 15 minit.
4. Selepas itu, masukkan taugeh dan gaul rata. kemudian, masukkan sos cili dan biarkan mee dimasak 5 - 10 minit. Sentiasa acau agar tidak hangus.
5. Taburkan daun sup ke dalam mee dan gaul sekejap. Siap dihidang apabila sudah masak.
selamat mencuba..^.^
No comments:
Post a Comment