Saturday, 14 July 2012

Resepi : Ikan Kembung Masak Kicap



Bahan-bahan :


Beberapa ekor ikan kembung, dibuang perut dan dicuci bersih
Tepung kentucky, untuk mengoreng ikan 
2 biji bawang putih, dihiris
1 biji bawang merah, dihiris
2 cm halia, dihiris halus
1 batang serai, dititik
1 biji cili merah besar, dibuang biji dan dihiris
minyak untuk menggoreng
kicap lemak manis / sos soya manis
Sedikit air untuk cairkan kicap


Cara memasak :


1. Gaulkan ikan bersama tepung kentucky. Panaskan minyak  dan goreng ikan hingga masak. Ketepikan apabila sudah masak.


2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.


3. Apabila bawang sudah kelihatan kekuningan, masukkan kicap dan sedikit air. Kacau hingga mendidih. 


4. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul ikan bersama sos kicap supaya perasa masuk ke dalam ikan. Tidak perlu tambah garam dan gula kerana kicap manis sudah cukup rasa  melainkan anda ingin mengikut citarasa anda. 


5. Angkat masakan dan letakkan di dalam mangkuk, hiaskan dengan hirisan cili merah.


Selamat mencuba..^.^




No comments:

Penaja Blog