Pages

Thursday 7 June 2012

Harga RON97 Turun 10sen Menjadi RM2.80 Seliter




KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi harga petrol RON97 turun 10 sen, menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa dunia.

“Eloklah harganya turun, ia boleh mengurangkan beban pengguna petrol RON97, walaupun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya ia ada penurunan,” katanya malam tadi.

Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter.

Sumber - Bernama






No comments:

Post a Comment

Thanks 4 Ur Comment..(^.^)