BAHAN-BAHAN :
3 Biji bawang putih
1 Biji bawang merah
1 Batang serai
2cm Halia
2 Biji cili
Sedikit ikan bilis
Sedikit belacan
Sedikit minyak
Air untuk kuah
1 Mangkuk umbut Apong yang sudah dipotong
1 Mangkuk tekuyong (Siput sungai), sudah dicencang ekornya untuk memudahkan disedut
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili ke dalam lesung batu, tumbuk lumat. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi serta diikuti dengan belacan, selepas itu titik serai.
2. Panaskan kuali dan tuangkan minyak, apabila minyak sudah panas, masukkan bahan yang sudah ditumbuk dengan lesung batu tadi dan tumis hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan hirisan umbut apong ke dalam kuali dan gaul, apabila sudah digaul sebati, masukkan air untuk dijadikan kuah. Masak umbut apong sehingga air mendidih dan biarkan selama 15 - 20 minit atau sehingga umbut Apong sudah masak. (Umbut sudah masak kalau isinya sudah lembut). Pastikan anda menambah air sekiranya kuah hampir kering.
4. Apabila umbut Apong sudah masak, masukkan tekuyong dan gaul rata, biarkan selama 5 - 10 mnit. Jangan biarkan tekuyong lama direbus kerana ia akan menyukarkan untuk disedut sekiranya terlalu lama direbus kerana isinya akan melekat pada kulit cengkerangnya. Masakan boleh diangkat apabila sudah masak dan siap dihidang.
SELAMAT MENCUBA..^.^
p/s : Jangan lupa klik iklan dalam blog ini, lebih2 lagi yang kat bawah menu bar..TQ..^.^
No comments:
Post a Comment