Saturday 26 May 2012

Resepi : Pulut Daging @ Lor Mai Kai



Bahan-bahan :

3 cawan beras pulut
300g daging ayam/babi
1 Genggam tangan udang kering,direndam, dan ditumbuk lumat
4-5 cendawan shiitake, dihiris
1/2 mangkuk kacang tanah,direbus
Beberapa helai daun pandan

Bahan A :

2cm Halia
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula halus
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu tepung gandum

Bahan B :

2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
*1 sudu besar kicap
*1 sudu besar sos tiram
*1/2 sudu kecil garam
*1/2 sudu kecil minyak bijan
*sedikit serbuk lada

Cara2 :

1. Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Daging dihiris dan diperap dengan Bahan A sekurang-kurangnya 1/2 jam dan simpan dalam fridge.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng hingga kering.

3. Masukkan pulut tanpa air dan goreng untuk 1-2 minit. Masukkan semua Bahan B yang bertanda * dan kacau rata. Matikan api.

4. Alaskan loyang dengan daun pandan. Isikan pulut tadi 3/4 penuh,ratakan pulut kemudian letakkan hirisan daging yang sudah diperap dan ratakan daging tersebut. Taburkan kacang tanah yang sudah direbus di atas daging tadi. Lihat gambar di bawah.





5. Kukus selama 45 minit @ sehingga masak. Padamkan api dan biarkan nasi dalam kuali ke steamer untuk 5-10 minit. kalau terus keluarkan akan menyebabkan permukaan menjadi kering. Siap dihidang semasa masih panas.

SELAMAT MENCUBA..^.^

p/s : Tolong klik iklan dalm blog ini, yang kat bawah menu bar..TQ..^.^



No comments:

Penaja Blog