Thursday 24 November 2011

Tak nak join contest lagi..!! O.o

Lat'z tak nak join GA or contest lagi..bukan tak menang tapi kes bila menang tu, bila part hadiah kemenangan tu yang tak ada..ish...Lat'z pernah ada mendapat tempat semasa join sati contest, tak nak la sebut siapa penganjur tu...sampai sekarang Lat'z tak dapat2 hadiah dia..malas la nak tanya..biarkan saje..

Lat'z join contest n GA pun sebab sebagai tanda menyokong rakan blogger lain dan secara tak langsung menambah trafik blog mereka tapi tak sangka pula perkara sebegini terjadi. Sebab tu ler Lat'z malas nak join GA or Contest lagi lagipun Lat'z kebelakangan ni Busy dengan kerja..jarang online atas kesibukan dengan kerja-kerja yang ada...

Blog Lat'z pun Lat'z lama dah tak update, baru hari ini update..lagipun Lat'z jadi blogger ni pun bagi mengisi masa lapang, buang boring dan share ilmu pengetahuan yang ada...

Kepada rakan blogger, Lat'z minta maaf yer kalau lama tak blogwalking ke blog anda semua...Ada masa Lat'z akan membalas kunjungan anda.. apapun semoga kita semua sihat sejahtera hendaknya menjalani kehidupan seharian.. jaga pemakanan dan jaga kesihatan anda...^.^

2 comments:

Unknown said...

saya pon mengalami naseb yang sama...
menang tapi sampai la ni tak dapat2 hadiahnya... sabo jele..

Lat'z said...

@Misz Lieyaye ker?? adei...sabo je la..O.o

Penaja Blog