Mengapa tatkala aku berseorangan harus ada airmata yang menemani aku? Mengapakah aku menjadi seorang yang begitu murah airmata. ketika ini aku sedang melakukan kerja di pejabat dan tiba-tiba pula airmataku mengalir. Bingkasku mengelap airmataku agar tiada rakan kerja yang perasan yang aku sedang menangis.
Situasi di tempat kerja kadang kala membuat aku tertekan. Tertekan dengan kerja yang diberi oleh majikan, tambah pula ada rakan kerja yang suka membuli aku dengan menyuruh aku melakukan kerja mereka. Mengapa aku harus mengharungi semua ini? Aku hanya insan biasa yang sangat lemah.
Namun aku bersyukur kerana kini aku mempunyai pekerjaan. Hasil pendapatan yang aku perolehi sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaanku. Apa yang aku perlukan ialah kata-kata semangat agar aku dapat meneruskan hidup ini.
Keseorangan meniti ranjau kehidupan amatlah sukar bagi aku. Adakah aku akan menghembuskan nafasku ketika aku sedang keseorangan? Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi.
-Tamat-
Hasil karya : Lady Diana
No comments:
Post a Comment