Saturday, 17 September 2011

Resepi : Peria Dua Rasa



Bahan-bahan :

1 batang buah peria, dihiris atau potong
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 biji cili (ikut suka, kalau nak pedas banyakkan lagi)
1 biji telur ayam
Sedikit belacan
Sedkit ikan bilis
Sedikit gula 
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam, ajinamoto dan serbuk lada

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili dan ikan bilis dengan lesung batu, masukkan sedikit belacan bila bahan tadi sudah ditumbuk sederhana halus. Ketepikan.

2. Potong atau hiris peria ikut citarasa masing-masing, cuci selepas dipotong dan gaulkan dengan sedikit gula. Ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang ditumbuk dengan lesung batu tadi, masak hingga naik bau.

4. Pecahkan telur ayam dan gaulkan bersama bahan di dalam kuali tadi.

5. Masukkan peria dan gaul bersama bahan yang ada dalam kuali. Masukkan perasa seperti garam, ajinamoto dan serbuk lada. Kacau dan biarkan hingga masak.

6. Siap dihidang bersama nasi bila sudah masak.

Selamat mencuba..
Lauk Lat'z masa makan malam hari ini.(^.^)

p/s: Peria bagus untuk elakkan pelbagai penyakit.


No comments:

Penaja Blog